SEJARAH PENUBUHAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK PADUKA TUAN
Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SMK Paduka
Tuan segamat telah bermula pada tahun 2008.Kini pada tahun 2012, program
ini mempunyai seramai 42 orang pelajar, 8 orang guru dan 3 orang
pembantu pengurusan murid (PPM). Ciri-ciri pelajar bagi program ini
terdiri daripada slow learner, hyperactive, hypoactive, autisme, sindrom
down, dan mild dyslexia.
OBJEKTIF
Membolehkan pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam institusi pendidikan negara.
Memaksimumkan potensi keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani pelajar-pelajar ke peringkat optimum.
Menyediakan pelajar agar boleh bersosial dan diterima masyarakat.
Menyediakan pelajar hidup berdikari
Menyediakan pelajar ke arah kerjaya
No comments:
Post a Comment